Thursday, 28 February 2013

Dialog antara Muslimah & Perempuan. .

Dialog antara muslimah dan perempuan. . . 

Perempuan : Semua yang tutup aurat, confirm masuk syurga kew? 

Muslimah : Yang pasti tak tutup aurat, confirm masuk neraka. . . Smile 

Perempuan : Eemmm. . Tudung labuh pun macam baek cngat. . Buat dosa jugaq! 

Muslimah : Bila iblis x mahu ikut perintah Allah untk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. . . “Apahal plak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia”. Samalah dengan tudung. Tudung pula di salahkan. Pakai tudung x semesti nya baek. 

Perempuan : macam lah kau tue bagus cngat nak nasihatkan aku nie. . . entah2 kau tue dulu ag teruk dari aku. . . !! 

Muslimah : Tak tersabit bersalah. . . Dari Nabi, untuk seseorang yang islam bahkan baru masuk islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu satu tuntutan. . . Selagi awak islam, dakwah itu wajib walaupun awak tak berapa betul. . Sekurang2 nya dah insaf dan bertaubat sekarang. . . Alhamdulillah Allah masih memberi saya peluang untuk bertaubat. . . Smile 

Perempuan : Kami memang sexsi tapi hati kami baek. . .!! x der la jahat. . 

Muslimah : Kiranya awak mendakwa diri awak mempunyai hati yang sudi, iman yang tinggi dan kononnya mampu menjamin maruah diri awak tanpa menutup aurat? 

Perempuan : Pakai jarang or ketat ke itu hak kami. suka hati kamilah nak pakai macam mana pun. . .!! Kami x menyusahkan hidup orang laen. . . Kalau x suka jangan pandang. ! 

Muslimah : Sebenarnya awak dah banyak menyusahkan orang laen. . . Ayah, Abang, Adik, Suami serta orang laen. . . Dengan menarik mereka ke neraka bersama awak hanya di sebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik awak. . . Itu yang awak kate x menyusahkan orang laen? 

Perempuan : apa yang kami lakukan, antara kami dengan Allah. . . ! 

Muslimah : Berani cakap di dunia. . . berani ke cakap macam itu dekat akhirat depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya. . . 

Perempuan : Bukan nya kami x nak tutup aurat tapi seru belum sampai lagi. . . 

Muslimah : Mati x mengenal usia tua atau muda. . . X takut ke mati dalam usia muda? X sempat nak bertaubat nanti. . . 

Perempuan : Alaa, x kan lah nak buat perubahan secara drastic kot? Slow-slow lu. . . 

Muslimah : Boleh ke cakap at Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. . . jangan ambek nyawa aku lagi. . . boley? 

Perempuan : Aku x nafikan, tutup aurat tue bagus tapi kami x nak la hipokrit coz x ikhlas nak tutup aurat. . . 

Muslimah : Kalau macam itu, sememangnya awak hipokrit coz tidak ikhlas beragama Islam . . . 

Perempuan : ………………………………… 

Muslimah : Sekadar renungan bersama. . . Smile 

Alhamdulillah masih bernafas rupa nya kita ini. Allah masih memberi kite peluang untuk berubah ke arah kebaikan. Segala nasihat adalah untuk peringatan pada diri sendiri. 

“Selangkah anak perempuan keluar dari rumeh tanpa menutup aurat, 
Maka selangkah juga ayahnya itu ke Neraka. 
Selangkah seorang isteri keluar rumah tanpa menutup aurat, 
Maka selangkah juga suaminya itu hampir ke Neraka.” 

Wanita termahal di dunia, 
Adalah Wanita yang Menjaga Imannya, 
Di saat yang laen merebut Anugerah Dunia, 
Dia sibuk mengejar Anugerah di Syurga. . .

Sebab-Sebab Seseorang Itu Mendapat Hidayah

Walau bagaimanapun untuk mendapat hidayah ada bermacam-macam sebab atau ada berbagai-bagai cara yang di antara satu sama lain tidak sama. Di antara sebab seseorang itu mendapat hidayah adalah seperti berikut: 

1. Dia lahir di dalam keluarga yang beragama, maka dia mendapat didikan secara langsung dan praktikal daripada suasana berkeluarga. Orang ini agak bernasib baik. 

2. Dia yang lahir-lahir sahaja Allah telah bekalkan kesedaran dan petunjuk. Dari kecil lagi sudah suka kepada kebaikan dan kebenaran. Dia terus mencari dan mengamalkan. Orang seperti ini amat sedikit. Ini adalah pemberian Allah secara wahbiah (secara anugerah). 

3. Orang yang di dalam perjalanan hidupnya terjumpa golongan atau kelompok yang beragama Islam dan mengamalkan syariat. Manakala dilihat kehidupan mereka begitu baik dan bahagia lantas mengikut golongan itu. 

4. Orang yang sentiasa mencari-cari kebenaran, mereka sentiasa membaca, mengkaji, memperbandingkan serta melihat- lihat berbagai golongan dari berbagai-bagai agama dan ideologi serta bergaul dengan golongan-golongan itu maka 
akhirnya mereka bertemu dengan kebenaran. 

5. Orang yang mendapat pendidikan Islam, mendengar ceramah agama, ikut kursus agama, menghadiri majlis-majlis agama maka dia mendapat petunjuk dari mengaji dan mendengar itu. 

6. Orang yang diuji oleh Allah, mungkin selepas kaya jatuh miskin, atau mendapat sakit teruk, atau ditimpa bencana alam dan lain-lain lagi maka di situ dia sedar dan insaf. Lantaran itu dia kembali mendekati diri kepada Allah SWT. 

7. Orang yang mendapat kebenaran, kerana Allah mengizinkannya mengalami alam kerohanian seperti melihat di dalam mimpi alam Barzakh, melihat orang kena azab atau dia sendiri yang kena azab atau melihat gambaran Qiamat atau Allah perlihatkan kepadanya pokok sujud, pokok bertasbih dan lain-lain kejadian yang ajaib. Selepas itu dia pun kembali kepada kebenaran. 

8. Orang yang sedar setelah melihat ada golongan atau keluarga yang kehidupan dunianya begitu hebat, rumah besar, kaya-raya, kenderaan yang mewah, harta banyak tetapi kehidupan keluarga itu sentiasa porak-peranda, krisis sering berlaku, kasih sayang dan ukhwah tidak ada, masing-masing membawa haluan sendiri maka dari peristiwa itu dia sedar dan insaf bahawa kemewahan hidup tidak menjamin kebahagiaan di dunia apatah lagi di Akhirat kelak. 

9. Orang yang dia sendiri mengalami kehidupan mewah, serba ada, apa hendak semua dapat, pangkat ada, duit banyak, namun kebahagiaan tidak dirasai, kehidupan keluarga porak-peranda lantas dia insaf dan sedar dan akhirnya mencari jalan kebenaran. 

10. Orang yang dapat petunjuk kerana ada orang yang soleh atau orang yang bertaqwa mendoakannya, lantas doa itu dikabulkan oleh Allah, maka Islamlah dia sepertimana Sayidina Umar Al Khattab dapat petunjuk kerana doa Rasulullah SAW 

HIDUP PENUH KETENANGAN

Hidup akan tenang dengan iman, 
Hidup akan tenang dengan syukur, 
Hidup akan tenang dengan ilmu, 
Hidup akan tenang dengan al-Quran, 
Hidup akan tenang dengan sabar. 

Hidup lebih berkat dengan solat, 
Hidup lebih berkat dengan mengikut sunnah, 
Hidup lebih berkat dengan sifat zuhud. 

Orang kata aku lahir dari perut "MAK"

Orang kata aku lahir dari perut mak.. 
(bukan org kata...memang betul) 

Bila dahaga, yang susukan aku....mak 
Bila lapar, yang suapkan aku....mak 
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak 
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak 
Bila bangun tidur, aku cari....mak 
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak 
Bila nak bermanja, aku dekati....mak 
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak 
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak 
Bila nakal, yang memarahi aku....mak 
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak 
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak 
Bila takut, yang tenangkan aku....mak 
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak 
Aku selalu teringatkan ....mak 
Bila sedih, aku mesti talipon....mak 
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu......mak 
Bila bengang... aku suka luah pada..mak 
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! " 
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak 
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak 
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak 
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak 
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak 
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak 
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak 
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak 
Yang selalu berleter kat aku...mak 
Yang selalu puji aku....mak 
Yang selalu nasihat aku....mak 
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak 

Aku ada pasangan hidup sendiri.... 

Bila seronok, aku cari....pasanganku 
Bila sedih, aku cari....mak 

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku 
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak 

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku 
Bila berduka, aku peluk erat....emakku 

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku 
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak 

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku 
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu” 

Selalu.. aku ingat pasanganku 
Selalu.. mak ingat kat aku 

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku 
Entah bila... aku nak talipon mak 

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku 
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak 

Renungkan: 
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak? 
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah". 
Berderai air mata jika kita mendengarnya........ 

Tapi kalau mak sudah tiada.......... 
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT.... 

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya.... 
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya..... 
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya..... 
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya....... 
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya.... 
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya..... 
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya...... 
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu: 
1) Tolong pergi kedai : RM4.00 
2) Tolong jaga adik : RM4..00 
3) Tolong buang sampah : RM1.00 
4) Tolong kemas bilik : RM2.00 
5) Tolong siram bunga : RM3.00 
6) Tolong sapu sampah : RM3.00 
Jumlah : RM17.00 
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama. 
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA 
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA 
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA 
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA 
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA 
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA 

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, 
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Sahabat Sejati

 

Sahabat yang sesungguhnya, ialah mereka yang selalu mengingatkan kita akan اَللّÙ‡ُ dan mereka yang akan menggiring kita ke syurga. 

Diriwayatkan, bahwa apabila penghuni syurga telah masuk kedalam syurga, lalu mereka tidak menemukan sahabat-sahabat mereka yang selalu bersama mereka dahulu didunia. 

Mereka bertanya tentang sahabat-sahabat mereka kepada اَللّÙ‡ُ : 
“Yaa Rabb, kami tidak melihat saudara-saudara kami yang sewaktu di dunia solat bersama kami, puasa bersama kami,….” 

Maka اَللّÙ‡ُ berfirman: “pergilah ke neraka, lalu keluarkan sahabat-sahabatmu yang di hatinya ada iman walaupun hanya sebesar zarrah” 
(Riwayat Ibnul Mubarak dalam kitab “az-Zuhd”). 

Al-Hasan Al-Bashri berkata: “perbanyaklah sahabat-sahabat mu’minmu, kerana mereka memiliki syafa’at pada hari kiamat”. 

Ibnul Jauzi pernah berpesan kepada sahabat-sahabatnya sambil menangis: “Jika kalian tdk menemukan aku nanti di syurga bersama kalian, maka tolonglah bertanya 
kepada اَللّÙ‡ُ tentang aku: “Wahai Rabb kami, hambamu fulan, sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang Engkau, maka masukkanlah dia bersama kami di syurga” 

”Jadi.. Sahabatku alangkah indahnya aku mengenalmu ,orang yg selalu mengingatkan aku kpd Allah..kpd nabi muhammad,kpd amal soleh,kpd kebaikan kebaikan..menemukan dirimu adalah karunia kehidupan termegah.. 

Ya اَللّÙ‡ُ , aku memohon kepadamu, karuniakanlah kepadaku sahabat-sahabat yang selalu mengajakku untuk tunduk taat kepadaMU. 

YaاَللّÙ‡ُ. Aku memohon kpdmu untuk sahabat2 itu agar engkau jagalah hati mereka ,bimbing, ajari mereka ,selamatkan dunianya akhiratnya, beri kemudahan, berkahi hidupnya,angkat derajatnya , tambahkan ilmunya, bahagiakan dia,ampuni dosanya, maafkan kesalahannya,berilah pertolongan kpd setiap kesulitan diri dan keluarga nya.. 

Ya اَللّÙ‡ُ, kekalkanlah persahabatan 
kami sampai kami bertemu 
denganMu wahai Dzat Yang Maha Pengasih. آمِينَ ياَ رَبَّ الْعَالَÙ…ِÙŠْÙ†َ. 

Sahabatmu.

Thursday, 21 February 2013

Seindah Kata, Secantik Bahasa..!!


Salam ceria kepada semua.. Kurang dari tempoh 24 jam lagi bermulalah bulan baru dalam islam iaitu bulan Ramadhan.. Tentu ramai dikalangan anda sekalian sedang sibuk menguruskan persiapan menjelang Ramadhan yang bakal tiba.. Dikesempatan ini Enche Chaon ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama islam.. Pastikan tahun ini puasa penuh ye.. hahha.. Entri pada kali ini yang saya ingin sampaikan berkaitan dengan ingat mengingati sesama insan..



Semestinya rakan-rakan semua tahu bahawa orang melayu memang terkenal dengan adat yang sopan santun, bahasa yang lemah lembut dan budayanya yang indah lagi menarik hati.. Namun ada juga yang terbawa-bawa dengan sifat-sifat yang kurang menyenangkan.. Peribahasa "OrAng Berbudi Kita Berbahasa, Orang Memberi Kita Merasa " yang membentuk topik kali ini membawa maksud, "Setiap pemberian orang hendaklah dibalas dengan pemberian, malah kita harus tahu untuk mengucapkan terima kasih..."Setiap diantara kita pasti pernah mengalami saat-saat di mana kita terlupa untuk bertegur sapa dan bertanya khabar sesama keluarga, saudara mara, sahabat handai dan juga tetangga kita. Malah, yang paling mengecewakan adalah sikap kita yang selalu terlupa mengucapkan Terima Kasih.. Seringkali kita terlupa untuk mengucapkan Terima Kasih setelah menerima sesuatu, dan juga terlupa mengucapkan Alhamdulillah saat mendapatkan sesuatu kebahagiaan ataupun sesuatu yang menyenangkan.. Inilah lumrah manusia yang sentiasa lalai dan alpa dalam sesuatu perbuatan..Kadang kala, saya juga terfikir, sekiranya orang lain terlupa mengucapkan Terima Kasih pada kita, pasti ada sesetengah diantara kita yang akan berkata dalam hati mereka, Sebagai contoh “Orang dah bagi, dah kira bagus la tue.. Tapi, tak tahu nak ucapkan Terima Kasih ke….?” Mungkin ada yang akan berkata bahawa itu kata-kata mereka yang tidak ikhlas memberi.. Tetapi, ada juga yang berkata bahawa memang lumrah manusia yang selalu terlupa untuk mengucapkan syukur pada yang Maha Esa apalagi mengucapkan Terima Kasih sesama umat manusia.Perjalanan hidup kita ibarat putaran roda. Kekadang kita berada diatas, dan tanpa disedari kita boleh terus tergolek ke bawah.. Kesederhanan hidup membantu kita untuk menghargai rezeki yang diberikan dan kesempitan hidup memberi kita kesempatan untuk mendapatkan berkat dalam kita mengecapi kebahagiaan dengan usaha dan doa.. Seharusnya kita sebagai manusia haruslah saling ingat mengingati antara satu sama lain supaya hubungan silatulrahim sesama manusia akan kekal berpanjangan..Justeru, setiap masa yang berlalu memberi banyak makna dalam kehidupan.. Walaupun seseorang itu berdikari dan boleh hidup dengan sendiri tapi jika tiada bantuan dari orang yang sanggup menghulurkan bantuan saya percaya hidup seseorang itu takkan dapat mencapai matlamat dalam sesebuah kehidupan.. Semoga peribahasa ini memberi manfaat dan ikhtibar kepada semua supaya nilai-nilai murni dapat dipupuk dikalangan masyarakat..


Lirik Lagu Sumayyah - Hijjaz


Assalamualaikum semua., 
untuk entry kali ini., saya wt entry ttg lagu..
lagu nie mmy best dan byk pengajaran.. so., hayati ya :)

Lirik Lagu Sumayyah oleh Kumpulan Hijjaz


Dalam diri selembut sutera 
Kau miliki iman yang teguh
Kau nyalakan obor agama 
Dirimu bak lentera

Dibelenggu jahiliah 
Kau tempuh dgn berani
Walaupun jasadmu milik tuan 
Tetapi hatimu milik Tuhan

Padang pasir menjadi saksi 
Ketabahn keluarga itu
Tika suami dan anak 
Dibaring menghadap mentari

Disuruh memilih iman 
Atau kekufuran
Samar jahiliah atau 
Sinar akidah…..

Sabarlah keluarga yasir
Bagimu syurga disana
Dan kau pun tegar memilih syurga
Walau terpaksa mengoban nyawa

Lalu tombak ! yang tajam menikam
Jasadmu yang tiada bermaya
Namun iman didadamu sedikit tidak 
Berubah

Darahmu menjadi sumbu pelita iman
Sumayyah kaulah lambang wanita solehah
Tangan yang disangka lembut menghayun buaian
Menggoncang dunia mencipta sejarah….

Sumayyah kau dibunuh didunia sementara
Untuk hidup disyurga yang selama-lamanya
Kaulah wanita terbaik sebaik manusia
Namamu tetap menjadi sejarah…

Followers Twitter yg ke-100

Assalamualaikum.,
haaa., entry kali nie bercerita tentang followers yg ke-100.,
sye mmg dok tunggu-tunggu spa followers yg ke-100 nie..
akhirnya dh dpt.,
this link :)
xda hadiah la., coz xda bajet :3 hahaha

-->https://twitter.com/muhdnorsany_

Tq

Wednesday, 20 February 2013

Kisah Nabi Ayub Dan Penyakit Kulit


NABI Ayub, anak Nabi Ishak dilimpahi kekayaan harta benda, malah mempunyai banyak binatang ternakan seperti lembu, kambing, kuda, kaldai dan unta. Kekayaan itu membuatkan kehidupannya senang.
Beliau juga mempunyai keturunan yang besar kerana ramai anak, baik lelaki mahu pun perempuan. Seorang daripada anaknya menjadi nabi, iaitu Basyar.
Walaupun kaya dan mempunyai segala kemewahan, Nabi Ayub tidak lupa membuat kebajikan kepada golongan fakir, miskin dan anak yatim. Beliau tidak sombong, malah tetamu yang mengunjungi rumahnya disambut dengan baik.
Harta dan keturunan yang besar tidak sedikit pun menjadikannya bongkak dan hamba kepada kekayaan. Sebaliknya, dengan kekayaan itu keimanan dan ketakwaannya kepada Allah semakin luhur.
Melihatkan keadaan Nabi Ayub itu, iblis berusaha menggunakan segala tipu helah untuk menggugat keimanannya.
Justeru Nabi Ayub diuji dengan pelbagai cubaan. Pertama diuji melalui kekayaan dan harta bendanya. Kemewahan dengan kekayaan yang dinikmati, semakin hari menjadi susut dan seterusnya semua kekayaan itu habis.
Ayub akhirnya menjadi miskin dalam sekelip mata. Walaupun menghadapi ujian getir itu keimanan kepada Allah tidak langsung terjejas. Beliau sabar menghadapi dugaan dengan hatinya tidak ketinggalan mengingati Allah.
Pendirian Nabi Ayub ternyata tidak mudah diubah. Justeru, diuji sekali lagi dengan kematian anaknya, namun beliau masih bersabar dan pada masa
sama memupuk ketakwaan pada Allah.
Mengenai pelbagai ujian itu, Allah berfirman, maksudnya: “Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira bagi orang yang sabar, iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, ‘sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali’.”
Nabi Ayub memang tetap dengan pendiriannya, tidak tewas dengan tipu helah iblis. Selepas itu, Nabi Ayub diserang penyakit kulit yang luar biasa. Beliau menderita kerana penyakit itu selama tujuh tahun.
Walaupun begitu lama menanggung sengsara penyakit itu, beliau tidak pernah gelisah. Beliau tabah menghadapi dugaan. Walaupun badannya semakin kurus, hingga menakutkan mata memandang, beliau masih mampu mengingati Allah.
Disebabkan penyakit Nabi Ayub itu sungguh dahsyat tiada orang sanggup melihatnya, melainkan isterinya yang sabar menemani dan merawatnya. Iblis tidak senang apabila menyaksikan kesabaran dan kesetiaan isteri Nabi Ayub.
Isterinya digoda supaya tidak melayaninya lagi. Tipu daya iblis itu sebenarnya diketahui Nabi Ayub dari awal lagi lalu diberitahu kepada
isterinya.
Nabi Ayub berkata kepada isterinya: “Jika aku sembuh, engkau pasti aku pukul 100 kali.” Kemudian Nabi Ayub berdoa kepada Allah seperti digambarkan melalui al-Quran: “Ingatlah ketika Ayub menyeru kepada Tuhannya: Ya tuhanku! Aku mendapat penyakit dan cubaan daripada syaitan.”
Doa Nabi Ayub dimakbul Allah dan penyakit yang dideritainya selama tujuh tahun sembuh. Dalam al-Quran diceritakan: “Cecah kakimu, inilah air yang sejuk untuk mandi dan minum. Dan Kami anugerahkan dia dengan mengumpulkan kembali keluarganya dan Kami tambahkan kepada mereka sebanyak mereka pula sebagai rahmat dari Kami dan pengajaran bagi orang yang mempunyai fikiran.”
Mengenai nazarnya, Nabi Ayub mengingatkan isterinya yang terpedaya dengan iblis bahawa beliau akan memukul isterinya itu 100 kali jika beliau sembuh. Justeru, apabila benar-benar sembuh dan sihat, Nabi Ayub bertekad untuk melaksanakan nazar itu.
Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Ayub mengenai cara melakukan nazar itu. Firman Allah, bermaksud: “Dan ambillah dengan tanganmu seikat rumput (100 batang), lalu pukullah dengan itu dan janganlah kamu melanggar sumpah.
Sesungguhnya Kami dapati dia (Ayub) seorang yang sabar, dialah sebaik hamba kerana dia sesungguhnya amat taat kepada Tuhannya.”
Nabi Ayub menggunakan rumput yang diikat itu untuk memukul isterinya dengan sekali libasan. Walaupun sekali pukulan, ia dikira 100 kali kerana rumput yang diikat itu mengandungi 100 helai daun.

Tuesday, 12 February 2013

Islam AgamaKu

KISAH IBLIS BERTEMU DENGAN RASULULLAH

Ketika kami sedang bersama Rasulullah SAW di kediaman seorang sahabat Anshar, tiba - tiba terdengar panggilan seseorang dari luar rumah:

"Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan memerlukanku. "

Rasulullah bersabda : "Tahukah kalian siapa yang memanggil?"

Kami menjawab : "Allah dan rasulNya yang lebih tahu."

Beliau melanjutkan, "Itu iblis, laknat Allah bersamanya."

Umar bin Khattab berkata: "Izinkan aku membunuhnya wahai Rasulullah"

Nabi menahannya :" Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu bahwa Allah memberinya kesempatan hingga hari kiamat? Lebih baik bukakan pintu untuknya, sebab dia telah diperintahkan untuk ini, fahamilah apa yang hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik."

Ibnu Abbas RA berkata: Pintu lalu dibuka, ternyata dia seperti seorang tua yang cacat satu matanya. Di janggutnya terdapat 7 helai rambut seperti rambut kuda, taringnya terlihat seperti taring babi, bibirnya seperti bibir sapi..

Iblis berkata: "Salam untukmu Muhammad.... Salam untukmu para hadirin..."

Rasulullah SAW lalu menjawab : "Salam hanya milik Allah SWT, sebagai mahluk terlaknat, apa keperluanmu? "

Iblis menjawab : "Wahai Muhammad, aku datang ke sini bukan atas kemahuanku, namun kerana terpaksa."

"Siapa yang memaksamu? "

"Seorang malaikat utusan Allah mendatangiku dan berkata:

"Allah SWT memerintahkanmu untuk mendatangi Muhammad sambil menundukkan diri. Beritahu Muhammad tentang caramu dalam menggoda manusia. Jawablah dengan jujur semua pertanyaannya. Demi kebesaran Allah, andai kau berdusta satu kali saja, maka Allah akan jadikan dirimu debu yang ditiup angin."

"Oleh kerana itu aku sekarang mendatangimu. Tanyalah apa yang hendak kau tanyakan. Jika aku berdusta, aku akan dicaci oleh setiap musuhku. Tidak ada sesuatu pun yang paling besar menimpaku daripada cacian musuh."

ORANG YANG DIBENCI IBLIS

Rasulullah SAW lalu bertanya kepada Iblis: "Kalau kau benar jujur, siapakah manusia yang paling kau benci?"

Iblis segera menjawab: " Kamu, kamu dan orang sepertimu adalah mahkluk Allah yang paling aku benci."

"Siapa selanjutnya? "

"Pemuda yang bertakwa yang memberikan dirinya mengabdi kepada Allah SWT." 

"Lalu siapa lagi?"

"Orang Alim dan wara'"

" Lalu siapa lagi?"

"Orang yang selalu bersuci."

"Siapa lagi?"

"Seorang fakir yang sabar dan tak pernah mengeluhkan kesulitannnya kepada orang lain."

"Apa tanda kesabarannya? "

" Wahai Muhammad, jika ia tidak mengeluhkan kesulitannya kepada orang lain selama 3 hari, Allah akan memberi pahala orang - orang yang sabar."

"Selanjutnya apa?"

"Orang kaya yang bersyukur."

"Apa tanda kesyukurannya ?"

"Ia mengambil kekayaannya dari tempatnya, dan mengeluarkannya juga dari tempatnya ."

"Orang seperti apa Abu Bakar menurutmu?"

"Ia tidak pernah menurutiku di masa jahiliyah, apalagi dalam Islam."

"Umar bin Khattab?"

"Demi Allah setiap berjumpa dengannya aku pasti kabur. "

"Usman bin Affan?"

"Aku malu kepada orang yang malaikat pun malu kepadanya ."

"Ali bin Abi Thalib?"

" Aku berharap darinya agar kepalaku selamat, dan berharap ia melepaskanku dan aku melepaskannya. Tetapi ia tak akan mahu melakukan itu." (Ali bin Abi Thalib selau berdzikir terhadap Allah SWT)

AMALAN YANG DAPAT MENYAKITI HATI IBLIS

"Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang dari umatku yang hendak solat?"

"Aku merasa panas dingin dan gementar. "

"Kenapa?"

"Sebab, setiap seorang hamba bersujud 1x kepada Allah, Allah mengangkatnya 1 darjat."

"Jika seorang umatku berpuasa?"

"Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka ."

"Jika ia berhaji?"

"Aku seperti orang gila. "

"Jika ia membaca al-Quran?"

"Aku merasa meleleh laksana timah di atas api."

"Jika ia bersedekah?"

"Itu sama saja orang tersebut membelah tubuhku dengan gergaji."

"Mengapa jadi begitu? "

"Sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan baginya... Iaitu keberkahan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala macam musibah akan terhalau dari dirinya."

"Apa yang dapat mematahkan pinggangmu?"

"Suara kuda perang di jalan Allah."

"Apa yang dapat melelehkan tubuhmu?"

"Taubat orang yang bertaubat."

"Apa yang dapat membakar hatimu?"

"Istighfar di waktu siang dan malam."

"Apa yang dapat mencoreng wajahmu?"

"Sedekah yang diam - diam. "

"Apa yang dapat menusuk matamu?"

"Solat fajar(subuh)."

"Apa yang dapat memukul kepalamu? "

"Solat berjamaah."

"Apa yang paling mengganggumu? "

"Majlis para ulama."

"Bagaimana cara makanmu?"

"Dengan tangan kiri dan jariku."

"Dimanakah kau menaungi anak - anakmu di musim panas?"

"Di bawah kuku manusia."


MANUSIA YANG MENJADI TEMAN IBLIS

Nabi lalu bertanya : "Siapa temanmu wahai Iblis?"

"Pemakan riba."

"Siapa sahabatmu?"

"Penzina."

"Siapa teman tidurmu?"

"Pemabuk.."

"Siapa tetamumu? "

"Pencuri."

"Siapa utusanmu?"

"Tukang sihir."

"Apa yang membuatmu gembira?"

"Bersumpah dengan cerai."

"Siapa kekasihmu? "

"Orang yang meninggalkan solat jumaat"

"Siapa manusia yang paling membahagiakanmu? "

"Orang yang meninggalkan solatnya dengan sengaja."

Iblis Tidak Berdaya Di hadapan Orang Yang Ikhlas

Rasulullah SAW lalu bersabda : "Segala puji bagi Allah yang telah membahagiakan umatku dan menyengsarakanmu. "

Iblis segera menimpali :" Tidak , tidak.. Tak akan ada kebahagiaan selama aku hidup hingga hari akhir. Bagaimana kau boleh berbahagia dengan umatmu, sementara aku boleh masuk ke dalam aliran darah mereka dan mereka tak boleh melihatku.

Demi yang menciptakan diriku dan memberikan ku kesempatan hingga hari akhir, aku akan menyesatkan mereka semua. Baik yang bodoh, atau yang pintar, yang boleh membaca dan tidak boleh membaca, yang durjana dan yang soleh, kecuali hamba Allah yang ikhlas." 

"Siapa orang yang ikhlas menurutmu ?"

"Tidakkah kau tahu wahai Muhammad, bahawa barang siapa yang menyukai emas dan perak, ia bukan orang yang ikhlas. Jika kau lihat seseorang yang tidak menyukai dinar dan dirham, tidak suka pujian dan sanjungan, aku boleh pastikan bahawa ia orang yang ikhlas, maka aku meninggalkannya. Selama seorang hamba masih menyukai harta dan sanjungan dan hatinya selalu terikat dengan kesenangan dunia, ia sangat patuh padaku."

IBLIS DIBANTU OLEH 70000 ANAK-ANAKNYA

Tahukah kamu Muhammad, bahawa aku mempunyai 70000 anak.. Dan setiap anak memiliki 70000 syaitan.

Sebahagian ada yang aku tugaskan untuk mengganggu ulama. Sebahagian untuk menggangu anak - anak muda, sebahagian untuk menganggu orang - orang tua, sebahagian untuk menggangu wanita - wanita tua, sebahagian anak -anakku juga aku tugaskan kepada para Zahid.

Aku punya anak yang suka mengencingi telinga manusia sehingga ia tidur pada solat berjamaah. Tanpanya, manusia tidak akan mengantuk pada waktu solat berjamaah.

Aku punya anak yang suka menaburkan sesuatu di mata orang yang sedang mendengarkan ceramah ulama hingga mereka tertidur dan pahalanya terhapus.

Aku punya anak yang senang berada di lidah manusia, jika seseorang melakukan kebajikan lalu ia khabarkan kepada manusia, maka 99% pahalanya akan terhapus.

Pada setiap seorang wanita yang berjalan, anakku dan syaitan duduk di pinggul dan pahanya, lalu menghiasinya agar setiap orang memandanginya.

Syaitan juga berkata, "Keluarkan tanganmu", lalu ia mengeluarkan tangannya lalu syaitan pun menghiasi kukunya.

Mereka, anak - anakku selalu meyusup dan berubah dari satu tempat ke tempat lainnya, dari satu pintu ke pintu yang lainnya untuk menggoda manusia hingga mereka terhempas dari keikhlasan mereka.

Akhirnya mereka menyembah Allah tanpa ikhlas, namun mereka tidak merasa.

Tahukah kamu, Muhammad? Bahawa ada rahib yang telah beribadat kepada Allah selama 70 tahun. Setiap orang sakit yang didoakan olehnya, sembuh seketika. Aku terus menggodanya hingga ia berzina, membunuh dan kufur.

Cara Iblis Menggoda

Tahukah kau Muhammad, dusta berasal dari diriku?

Akulah makhluk pertama yang berdusta.

Pendusta adalah sahabatku. Barangsiapa bersumpah dengan berdusta, ia kekasihku.

Tahukah kau Muhammad?

Aku bersumpah kepada Adam dan Hawa dengan nama Allah bahawa aku benar-benar menasihatinya.

Sumpah dusta adalah kegemaranku.

Ghibah (gosip) dan Namimah (adu domba) kesenanganku.

Kesaksian palsu kegembiraanku.

Orang yang bersumpah untuk menceraikan isterinya ia berada di pinggir dosa walau hanya sekali dan walaupun ia benar. Sebab barang siapa membiasakan dengan kata - kata cerai, isterinya menjadi haram baginya. Kemudian ia akan beranak cucu hingga hari kiamat. Jadi semua anak - anak zina dan ia masuk neraka hanya kerana satu kalimat, CERAI.

Wahai Muhammad, umatmu ada yang suka lalai semasa solat. Setiap ia hendak berdiri untuk solat, aku bisikan padanya waktu masih lama, kamu masih sibuk, lalu ia manundanya hingga ia melaksanakan solat di luar waktu, maka solat itu dipukulkannya kemukanya.

Jika ia berhasil mengalahkanku, aku biarkan ia solat. Namun aku bisikkan ke telinganya 'lihat kiri dan kananmu',

Dia pun menoleh. Pada masa itu aku usap dengan tanganku dan kucium keningnya serta aku katakan 'solatmu tidak sah'.

Bukankah kamu tahu Muhammad, orang yang banyak menoleh dalam solatnya akan dipukul.

Jika ia solat sendirian, aku suruh dia untuk bergegas. Dia pun solat seperti ayam yang mematuk beras.

Jika dia berhasil mengalahkanku dan dia solat berjamaah, aku ikat lehernya dengan tali, hingga dia mengangkat kepalanya sebelum imam, atau meletakkannya sebelum imam.

Kamu tahu bahawa melakukan itu batal shalatnya dan wajahnya akan dirubah menjadi wajah keldai.

Jika dia berhasil mengalahkanku, aku tiup hidungnya hingga dia menguap dalam solat. Jika ia tidak menutup mulutnya ketika menguap, syaitan akan masuk ke dalam dirinya, dan membuatnya menjadi bertambah serakah dan gila dunia.

Dan diapun semakin taat padaku.

Kebahagiaan apa untukmu, sedang aku memerintahkan orang miskin agar meninggalkan solat. Aku katakan padanya, 'kamu tidak wajib solat, solat hanya wajib untuk orang yang berkemampuan dan sihat. Orang sakit dan miskin tidak, jika kehidupanmu telah berubah baru kau solat.'

Dia pun mati dalam kekafiran. Jika dia mati sambil meninggalkan solat maka Allah akan menemuinya dalam kemurkaan.

Wahai Muhammad, jika aku berdusta Allah akan menjadikanku debu.
Wahai Muhammad, apakah kau akan bergembira dengan umatmu padahal aku mengeluarkan seperenam mereka dari islam?


10 PERMINTAAN IBLIS KEPADA ALLAH

"Berapa yang kau pinta dari Tuhanmu?"

"10 macam"

"Apa saja?"

Aku minta agar Allah membiarkanku berbagi dalam harta dan anak manusia, Allah mengizinkan. 

Allah berfirman, "Berbagilah dengan manusia dalam harta dan anak. Dan janjikanlah mereka, tidaklah janji syaitan kecuali tipuan." (QS Al-Isra :64)

Harta yang tidak dizakatkan, aku makan darinya. Aku juga makan dari makanan haram dan yang bercampur dengan riba, aku juga makan dari makanan yang tidak dibacakan nama Allah.

Aku minta agar Allah membiarkanku ikut bersama dengan orang yang berhubungan dengan isterinya tanpa berlindung dengan Allah, maka syaitan ikut bersamanya dan anak yang dilahirkan akan sangat patuh kepada syaitan.

Aku minta agar boleh ikut bersama dengan orang yang menaiki kenderaan bukan untuk tujuan yang halal.

Aku minta agar Allah menjadikan bilik mandi sebagai rumahku.

Aku minta agar Allah menjadikan pasar sebagai masjidku.

Aku minta agar Allah menjadikan syair sebagai Quranku.

Aku minta agar Allah menjadikan pemabuk sebagai teman tidurku.

Aku minta agar Allah memberikanku saudara , maka Ia jadikan orang yang membelanjakan hartanya untuk maksiat sebagai saudaraku.

Allah berfirman, "Orang - orang boros adalah saudara - saudara syaitan. " (QS Al-Isra : 27)

Wahai Muhammad, aku minta agar Allah membuatku boleh melihat manusia sementara mereka tidak boleh melihatku.

Dan aku minta agar Allah memberiku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia.

Allah menjawab, "Silakan", aku bangga dengan hal itu hingga hari kiamat. Sebahagian besar manusia bersamaku di hari kiamat.

Iblis berkata : "Wahai muhammad, aku tak bolej menyesatkan orang sedikitpun, aku hanya boleh membisikan dan menggoda."

Jika aku boleh menyesatkan, tak akan tersisa seorangpun.

Sebagaimana dirimu, kamu tidak boleh memberi hidayah sedikitpun, engkau hanya rasul yang menyampaikan amanah.

Jika kau boleh memberi hidayah, tak akan ada seorang kafir pun di muka bumi ini.

Kau hanya boleh menjadi penyebab untuk orang yang telah ditentukan sengsara.

Orang yang bahagia adalah orang yang telah ditulis bahagia sejak di perut ibunya. dan orang yang sengsara adalah orang yang telah ditulis sengsara semenjak dalam kandungan ibunya.

Rasulullah SAW lalu membaca ayat : "Mereka akan terus berselisih kecuali orang yang dirahmati oleh Allah SWT " (QS Hud :118 - 119)

Juga membaca, " Sesungguhnya ketentuan Allah pasti berlaku" (QS Al-Ahzab : 38)

Iblis lalu berkata : " Wahai Rasul Allah takdir telah ditentukan dan pena takdir telah kering. Maha Suci Allah yang menjadikanmu pemimpin para nabi dan rasul, pemimpin penduduk surga, dan yang telah menjadikan aku pemimpin makhluk-makhluk celaka dan pemimpin penduduk neraka. aku si celaka yang terusir, ini akhir yang ingin aku sampaikan kepadamu. Dan aku tak berbohong."


Artikel Berkaitan : Kisah Syaitan dengan Nabi Muhammad s.a.w

#DIKUTIP DARI SYAJARATUL KAUN, DOKTRIN TENTANG PRIBADI MANUSIA PILIHAN, MUHAMMAD SAW, YANG DITULIS OLEH ASY-SYAIKH AL-AKBAR MUHYIDIN IBNU ARABI ABDULLAH MUHAMMAD BIN ALI BIN MUHAMMAD BIN AHMAD BIN ALI AL-HATIMI ATH-THA'I AL-ANDALUSIA), 17 RAMADHAN 560 H - 22 RABI'UTS-TSANI 638 H.